Ahad, 21 Jun 2009

Isnin, 19 Januari 2009

lagun semerak - my hometown

KESAN KEMELESETAN EKONOMI 2008/2009

KESAN KEMELESETAN EKONOMI 2008/2009

200,000 pekerja hilang kerja?

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 200,000 pekerja di negara ini terpaksa diberhentikan berikutan merudumnya ekonomi global berbanding 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi 1998.

Menurut MEF yang dianggotai 4,500 majikan itu, kemelesetan ekonomi global 1998 hanya membabitkan peringkat Asia berbanding krisis semasa yang lebih meluas kesannya.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, sektor yang terjejas teruk pada masa ini ialah industri komponen elektronik dan elektrikal apabila ada di antaranya tidak menerima tempahan produk untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Menurut beliau, sebagai langkah bertahan, syarikat terbabit mula melakukan pemotongan kos operasi dengan menghapuskan sistem kerja lebih masa atau menghentikan pekerja dan bagi kes yang kritikal, sudah ada yang menutup operasi atau cawangan.

Katanya, perkembangan negatif itu berpunca daripada kekalutan ekonomi global sehingga menguncupkan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Jepun yang menjadi pasaran utama produk elektrik dan elektronik negara.

“Keadaan ini dijangka berlarutan sehingga 2010 dan paling awal pasaran dapat distabilkan ialah dalam jangka masa 18 bulan.

“Pada 1998, seramai 85,000 pekerja diberhentikan dan kali ini kita jangka angka itu meningkat sekali ganda mencecah 200,000 orang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam bahawa kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini.

Shamsuddin berkata, menyedari keadaan yang semakin getir, MEF telah bersemuka dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi mengemukakan beberapa cadangan untuk memastikan syarikat yang mula tenat itu diberi sedikit bantuan untuk bernafas.

Katanya, MEF telah mencadangkan kepada kerajaan untuk meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyemak semula kenaikan tarif elektrik sebanyak 26 peratus yang mula dikuatkuasakan pada Julai 2008.

“Semakan kadar itu bukan sahaja untuk sektor industri dan perniagaan bahkan orang ramai juga berhak menikmati kadar tarif baru.

“Kalau kedua-dua sektor ini terbeban, duit tak ada banyak dan orang pun tak berbelanja, sebab itulah kita perlu merangsang ekonomi dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, MEF juga mencadangkan kerajaan menggantung pembayaran levi satu peratus daripada jumlah pembayaran gaji pekerja pada setiap bulan kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Katanya, walaupun menyedari caruman itu bertujuan mengisi dana latihan pekerja, namun MEF berpendapat lebih elok jika kerajaan menggantung sementara caruman tersebut.

Ahad, 5 Oktober 2008

KOLEKSI FOTO RAYA 2008

KOLEKSI GAMBAR HARI RAYA 2008




















Ahad, 21 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR BATIN


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR BATIN
DARIPADA : SHARIMI BIN MUHAMAD







Khamis, 18 September 2008

BAKI 10 HARI LAGI............

Hanya tinggal 10 hari lagi umat Islam menjalani ibadat puasa.

Isnin, 15 September 2008

MALAM LAILATUL QADAR - LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN



Malam al-Qadar (Lailatul Qadar) Di Bulan Ramadhan

Malam al-Qadar (Lailatul Qadar) Di Bulan Ramadhan

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Keutamaan Lailatul Qadar sangat besar kerana malam tersebut menyaksikan turunnya al-Qur’an al-Karim, iaitu kitabullah yang menjadi petunjuk bagi mereka yang berpegang dengannya kepada jalan kemuliaan dan mengangkat ke darjat yang mulia dan abadi. Umat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak perlu mengguna pakai tanda-tanda tertentu dan tidak pula memasang lampu-lampu pelita untuk memperingati malam ini, akan tetapi mereka wajar untuk berlumba-lumba bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.

Berikut ini adalah di antara keutamaan malam Lailatul Qadar berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

1. Keutamaan Lailatul Qadar (Malam al-Qadar)

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahawasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan dan merupakan malam yang diberkahi, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (al-Qadar, 97: 1-5)Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yagn penuh hikmah:“Sesungguhnya Kami menurunkan pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (ad-Dukhan, 44: 3-6)

2. WaktunyaDiriwayatkan dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa malam tersebut terjadi pada tanggal malam ke 21, 23, 25, 27, 29 dan malam-malam terakhir dari bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang terdapat dalam masalah ini berbeza-beza, Imam al-Iraqi telah mengarang suatu risalah khusus yang diberi judul Syarhush Shadr bi Dzikri Lailatil Qadar yang membawakan perkataan para ulama berkaitan permasalahan ini)Imam asy-Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab bertepatan dengan yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Adakah kami mencarinya di malam ini?” Beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut”.”Pendapat yang paling kuat, terjadinya Lailatul Qadar itu pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda:“Carilah Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/225) dan Muslim (1169))Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sehingga terluput dari tujuh hari terakhir, kerana riwayat dari Ibnu Umar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka janganlah sampai terluput tujuh hari yang selebihnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/221) dan Muslim (1165))“Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, barangsiapa yang mencarinya carilah pada tujuh hari terakhir.”

Telah diketahui di dalam as-sunnah, pemberitahuan ini wujud adalah kerana pada masa itu berlaku perselisihan di antara para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar pada malam al-Qadar, ada dua orang sahabat berdabat, beliau bersabda:“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))Telah banyak hadis yang mengisyaratkan bahawa Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadis yang pertama sifatnya umum, manakala hadis kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum. Dan ada beberapa hadis yang lain turut menjelaskan bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan dan yang ini terikat kepada yang mengalami ketidakmampuan dan kelemahan, sehingga tidak ada masalah. Makanya, di sini hadis-hadis yang berkaitan adalah saling bersesuaian dan tidak bertentangan.Kesimpulannya, jika seorang muslim ingin mencari Lailatul Qadar, maka carilah ia pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, 21, 23, 25, 27 dan 29. Sekiranya tidak berupaya mencarinya pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam-malam ganjil tujuh hari terakhir iaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a’lam.

3. Bagaimana Mencari Lailatul Qadar

Sesungguhnya malam yang diberkahi ini barangsiapa yang terhalang dari mendapatkannya, maka bererti dia telah terhalang dari seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah terhalang dari kebaikan itu melainkan (bagi) orang yang rugi. Oleh kerana itu dianjurkan bagi kaum muslimin (agar) bersemangat dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan terhadap pahala-Nya yang besar, jika telah berbuat demikian niscaya akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Barangsiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/217) dan Muslim (759)).

Disunnahkan untuk memperbanyakkan do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)Semoga Allah memberkati dan memberi taufiq kepada kita dalam usaha mentaati-Nya. Berdasarkan beberapa penjelasan tadi, maka kita telah mengetahui serba sedikit bagaimana keadaan Lailatul Qadar dan keutamaannya untuk berusaha mendapatkannya.

Maka wajarlah kita berusaha untuk bangun (menegakkan ibadah, solat, dan berdoa) pada sepuluh malam-malam yang terakhir. Bersungguh-sungguhlah dalam menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi hubungan suami isteri. Juga perintahkanlah kepada keluarga kita untuk tujuan yang sama iaitu memperbanyakkan perbuatan ketaatan.Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:“Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam apabila memasuki sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau memperkuatkan ikatan kainnya sambil menghidupkan malam tersebut dan membangunkan keluarganya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/233) dan Muslim (1174))Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:“Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersungguh-sungguh (dalam beribadah) apabila telah masuk sepuluh malam terakhir yang tidak beliau lakukan pada malam-malam pada bulan selainnya.” (Hadis Riwayat Muslim (1174))

4. Tanda-Tandanya

Mudah-mudahan Allah membantu kita dengan pertolongan-Nya dalam memahami datangnya malam al-Qadar. Dalam hal ini, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menggambarkan (menyifatkan) paginya Lailatul Qadar agar seseorang muslim dapat mengetahuinya.Dari ‘Ubai radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan beliau bersabda:“Siapa di antara kalian yang masih ingat ketika terbit bulan yang ianya seperti syiqi jafnah (separuh mangkuk).” (Hadis Riwayat Muslim (1170). Kalimat syiqi jafnah, syiq membawa erti setengah, jafnah pula ertinya bejana. Al-Qadhi ‘Iyadh berkata, “Dalam hadis ini menunjukkan isyarat bahawa Lailatul Qadar hanya di akhir bulan, kerana bulan tidak akan berbentuk (berupa) sedemikian rupa ketika terbit melainkan ketika di akhir-akhir bulan”)Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan.

Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Sabtu, 13 September 2008

TIP MENGAMBIL GAMBAR DENGAN TELEFON BIMBIT BERKAMERA

Jika anda adalah salah seorang daripada jutaan pengguna yang ada telefon berkamera seperti Nokia, Sony dan Ericson.. dan mahukan gambar yang terbaik, berikut adalah beberapa tips yang perlu anda ikuti.

1. Ambil gambar banyak-banyak. Golongan pro akan mengambil ratusan gambar foto daripada pelbagai sudut dan posisi. Kemudian pilih yang mana terbaik dan buang yang lain. Anda juga boleh cuba mengambil foto dengan cara yang berlainan. Anda juga boleh kanak-kanak mengambil gambar kerana imaginasi mereka lebih liar.

2. Pegang kamera dengan baik, gunakan kedua-dua tangan jika boleh dan tekan bebutang ambil gamba ritu dengan baik. Kebanyakan imej yang dihasilkan adalah kabur kerana pergerakan ketika anda hendak menekan bebutang. Jika suasana sekeliling agak suram anda boleh pastikan yang kamera anda juga disuramkan dengan meletakkannya di sebelah pokok atau objek besar.

3. Berhati-hati dengan kualiti dan arah cahaya. Masa yang paling baik untuk merakam foto adalah dalam cahaya luar yang terang dan ruang bilik yang penuh dengan cahaya. Dalam cahaya seperti ini foto anda akan menjadi cantik. Jika dalam cahaya matahari yang terang pastikan yang anda membelakangkan objek yang hendak diambil fotonya. Cara ini mengelakkan kamera anda terdedah dengan cahaya yang berlebihan dan membuatkan objek lebih mudah diperhatikan. Untuk merakam warna yang baik pula, masa yang sesuai adalah senja atau syuruk di mana cahaya matahari masih kurang panas.

4. Dalaman, gunakan flash (jika ada) atau posisikan subjek berhampiran tetingkap di mana ada cahaya dari luar.

5. Gunakan cuaca. Hujan, salji atau kabus memberikan anda foto yang terbaik. Jika ia hujan atau salji pastikan kamera anda dilindungi daripada terkena air atau ais. Pastikan yang anda berada di sebalik tingkap kereta atau rumah ketika merakam imej.

6. Apabila mengambil potret individu atau kumpulan dapatkan kumpulan itu rapat serapat yang mungkin supaya muat pada bingkai imej. Jangan berdiri terlalu jauh daripada kamera kerana ini akan membuatkan imej anda kabur. Janagn pakai topi atau kacamata hitam. Dapatkan juga latarbelakang yanb baik.

7. Untuk imej aksi, seperti meniup lilin pada kek harijadi, perhatikan aksi dan baru rakam. Kelewatan ini adalah sesuai untuk kamera digital..

8. Pada gambar lanskap tambah subjek pada bahagian depan. Tambahan ini merupakan rumah, atau apa sahaja untuk memberikan imej itu suatu titik menarik. Pastikan juga anda bermain dengan garisan horizon. Dengan cara ini anda pasti akan mendapat gambar yang sesuai yang lengkap dengan awan dan latar belakang yang menarik.

9. Pada konsert dan acara awam, rakamkan konsert itu secara keseluruhan dan tidak hanya kepada penghibur itu sahaja kerana anda tidak akan dapat merakam imej yang baik dari jarak yang jauh.

10. Pastikan telefon kamera anda sentiasa bercas.

11. Muat turunkan gambar-gambar dengan kerap, untuk membebaskan muatan memori untuk gambar-gambar lain.

12. Tambah lagi memori kepada telefon anda. Lebih banyak memori, lebih banyak foto yang boleh dirakam dan lebih banyak saat-saat indah dapat dirakam. Jika anda sedang melancong, pastikan foto-foto anda disimpan ke dalam CD.

Sekarang anda boleh mengambil gambar-gambar yang menarik dengan telefon berkamera anda.

Selasa, 9 September 2008

KENALI DIRI ANDA?SIAPA ANDA?

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

Antara jenis personaliti tersebut ialah ....

Personaliti Periang

Seseorang yang periang akan mudah bergaul dengan orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dalam hidup. Mereka biasanya:* berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain* lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dengan dunia dalam diri mereka sendiri atau berfikir dengan idea sendiri* lebih suka berbincang dengan org lain dalam mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri* lebih banyak bercakap dari mendengar* berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah* gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain* Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

Personaliti Pendiam

Bersifat:* lebih suka menyendiri* sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai* lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian* menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu* seorang pendengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain* mudah merasa diketepikan dalam keramaian

Personaliti Perasa

Bersifat:* mahu jawapan yang pasti dan tepat* suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak* suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak* mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh* lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu* kurang mempunyai firasat

Personaliti Peramal

Sifatnya:* gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa*selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak *mengenalpasti peluang baru* tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh* gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut* sering memberi jawapan berbentuk umum* gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa* banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan* suka menguji kebolehan orang lain

Personaliti pemikir

Bersifat:* mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang* sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik* yang penting dia mestilah benar setiap masa* kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik* baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi* suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

Personaliti sensitif

Bersifat:* sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih * mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain* dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yang orang lain rasa dan bukan apa yang betul* suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan* suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan* akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

ANDA YANG MANA SATU???

MY CYBER WORLD

MY WEBSITE :

1. http://www.sharimi.com

2. http://www.web.sharimi.com

3. http://www.edagang.sharimi.com

4. http://www.visitmalaysia.sharimi.com

5. http://www.sharimi.com/eshop.html

MY BLOG :

1. http://www.sharimidotcom.blogspot.com

2. http://www.sharimi.wordpress.com

3. http://www.kelantanwebdesigner.blogspot.com

TANDA-TANDA HATI MATI

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

INGATAN PADA GOLONGAN LELAKI

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU... "

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

Wallahu a'lam bish-shawab Billahi at-Taufiq wal-hidayah..

TIP PENJAGAAN LAPTOP/NOTEBOOK

Tips penjagaan fizikal:

1. Pastikan bekalan kuasa (sama ada dari soket dinding ataupun bateri) dimatikan sebelum anda mulai membersihkan laptp anda.

2. Lapkan permukaan luaran laptop anda dengan kain lembap. Jangan sesekali gunakan pembersih cecair ataupun aerosol sebagai ejen pembersih.

3. Jangan sesekali menggunakan sebarang ejen pembersihan termasuk air untuk membersihkan skrin monitor LCD laptop anda. Hanya gunakan tisu kering sudah memadai.

4. Anda juga boleh menggunakan vakum tangan untuk membersihkan laptop anda dari habuk. Dengan berhati-hati, gunakan vakum tangan pada lubang-lubang pengudaraan yang terdapat pada laptop anda dan pada permukaan keyboard.

5. Elakkan laptop anda dari tempat yang berhabuk dan elakkan dari dedahan matahari serta magnet dengan melampau.


Tips keselamatan laptop anda:

1. Elakkan dari meninggalkan laptop di dalam kenderaan anda. Ini kerana telah berlaku banyak kes kecurian laptop yang ditinggalkan di tempat meletak kenderaan - baik dengan cara memecahkan cermin kenderaan mahupun mengopak bonet kereta.

2. Pastikan anda meletakkan latop anda di permukaan yang rata, seperti meja, almari dan sebagainya.( Jangan gunakan laptop anda diatas TILAM ) ..... Ini kerana permukaan yang tidak rata boleh menyebabkan laptop anda tidak stabil dan terjatuh - dan sekaligus mendedahkan risiko pada kerosakan hardware dalaman yang serius.

3. Pada permukaan setiap laptop terdapat banyak lubang pengudaraan (air ventilation) dan sekiranya lubang ini tertutup, maka ia akan menyebabkan pengudaraan tidak sempurna dan boleh menyebabkan kerosakan dan ketidakstablian pada sistem laptop anda. Maka elakkan lubang ini dari tertutup/blocked secara tidak sengaja sama ada dengan pelekat, elimut, sofa, katil dan sebagainya. Seelok-eloknya elakkan dari menggunakan laptop anda di permukaan yang tidak rata seperti katil. Ini kerana anda mungkin secara tidak sengaja akan menutup lubang pengudaraaan yang terdapat di bawah laptop.

4. Jangan jadikan laptop anda sebagai 'meja' - maknanya jangan letak apa-apa objek lain seperti buku dan sebagainya di atas laptop.

5. Jangan gunakan laptop anda berdekatan dengan sumber air.

6. Pastikan anda tidak menggunakan kedua-dua bekalan kuasa (barteri dan bekalan kuasa dinding) serentak. Pastikan bateri anda telah habis hampir sepenuhnya sebelum mengecaskannya semua.

7. Pastikan anda menggunakan adapter bekalan kuasa mengikut spesifikasi yang diberikan dan bersesuaian dengan laptop anda.

8. Pastikan anda menukarkan bateri yang sama (identical) ataupun yang menepati spesifikasi sekiranya anda ingin membeli bateri yang beru.

9. Pastikan laptop anda tidak bersambung dengan talian telefon sewaktu petir bagi mengelakkan kerosakan serius pada laptop anda.